h1

Bersama Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek

30 January, 2009

Assalamualaikum Warahmatullah.

26 Januari 2009 (Isnin) – Mahasiswa Malaysia Di Maghribi berpeluang bertemu dengan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia Ke Maghribi.

Di dalam ucapannya beliau menekankan peri pentingnya mengambil kesempatan belajar di negara luar untuk mencari kenalan sebanyak mungkin dan mengekalkan `connection’ ini sampai bila-bila. Beliau juga menekankan pentingnya mahasiswa terdedah dengan aktiviti berpersatuan malahan beliau mengakui banyak skill dan kemahiran beliau kini banyak diasah sejak zaman universiti lagi.

Malah lebih jauh lagi, beliau menekankan peri pentingnya mahasiswa mempunyai idealisme perjuangan dan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Tetapi pada waktu yang sama beliau mengingatkan mahasiswa supaya jangan hanya bersemangat di peringkat universiti
bahkan hendaklah terus aktif apabila sudah berkerjaya nanti.

P/S: Petikan ini diambil dan diolah sedikit dari Razizi Bin Tarmuji, pelajar tahun akhir M.A di Universiti Qadhi Ayyadh, Marrakech, Maghribi. Beliau juga merupakan Mantan Presiden PMMM selama 2 tahun bagi sesi 2005/2006 dan 2006/2007.

RAKAMAN AMANAT MENTERI PENERANGAN MALAYSIA

Untuk kepuasan anda yang ingin mendengar sendiri amanat Menteri Penerangan Malaysia ini, boleh mendengarnya melalui rakaman ini.

Akhirnya, saya juga memetik catatan BERNAMA mengenai perjumpaan ini.

Penuntut M’sia Perlu Jalin Hubungan Dgn Masyarakat Tempatan

RABAT (MAGHRIBI), 27 Jan — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penuntut Malaysia di luar negara supaya mengambil kesempatan untuk menjalin hubungan erat dengan penuntut dan masyarakat tempatan.

Berucap pada satu perjumpaan dengan penuntut Malaysia di Maghribi di sini, beliau berkata mereka perlu memahami sejarah dan kebudayaan tempatan dengan lebih mendalam serta menguasai bahasa asing yang amat berguna dalam pergaulan masyarakat antarabangsa.

Ahmad Shabery berkata rantaian yang diwujudkan dengan masyarakat tempatan amat penting apabila para graduan memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

Kira-kira 70 penuntut Malaysia hadir di majlis yang diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Samin. Turut hadirPresiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi, Ahmad Fathi Muhammad dan Ketua Masyarakat Malaysia di Maghribi, Baharin Ayob.

– BERNAMA

http://notashabery.com/shabery/?p=1111#more-1111

Wassalam.

YB: ABCD

Villa Abou Temmam, Kenitra – 30 Januari 2009 – Jumaat – 01:55

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

4 comments

  1. […] Rakaman penuh  Datuk Shabery Cheek – YB ABCD […]


  2. assalamulaikum,,,ana nak tanya tentang tesis seorang pelajar msia di manghrib tentang gerakan kristian di malaysia? bagaimana mahu mendapatkan salinannya? kalau tak silap ana tesis PhD. boleh enta bagi information?syukran…


  3. EEEEEEEEEEEEMMMMMMMMMMMMMMM…………



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: