h1

HARI INI DALAM SEJARAH

12 January, 2009

10 Januari 2009, Sabtu – Hari ini dalam Sejarah. Inilah yang dapat saya nyatakan. Mana taknya, inilah kali pertama saya membentangkan bahas di hadapan pelajar Arab dan ustaz. Jika pada masa saya di peringkat Ijazah, selalu sahaja saya lari dari ini semua atau pendek kata pembentangan bahas ini oleh pelajar Arab sahaja. Tetapi, diperingkat M.A tidak dapat tidak saya kena hadapinya.

Saya sememangnya dah lama siapkan bahas ini. Semestinya, sebelum pembentangan mestilah baca balik agar cukup bersedia dan yakin pada masa pembentangan. Tetapi kawan sayalah, dia kata hari Sabtu ini kumpulan 3 yang akan membentangkan bahas. Saya kumpulan 2. Maka malam Sabtu tu mana la saya baca balik bahas saya tu. Malam tu saya hanya rehat sambil melayari internet baca berita mengenai Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (Semoga PAS dapat merampas kerusi ini) dan berita mengenai Palestin (Semoga Allah melaknat serta menghancurkan puak Yahudi dan sekutunya Amerika laknatullah ini dan menyelamatkan rakyat Palestin dari terus dijajah dan dianiaya).

Hmm… Untuk perkongsian, boleh la tengok sendiri situasi saya semasa pembentangan bahas ini. Mula-mula lagi dah kantoi Nahu. Adoii… Apabila duduk kat hadapan bersebelahan ustaz dan dihadapan pelajar Arab, mau tak ketar lutut. Apa pun, itulah pengalaman namanya. Masa belajar inilah untuk saya berlatih bercakap di hadapan. Suatu masa nanti, saya kena hadapinya juga. Urud saya ni bertajuk “al-Ummahat al-Feqhiah Fi al-Mazhab al-Syafie”.

Haa… Camner? Diharap anda dapat memberi komen, saranan mahupun kritikan agar saya dapat membaiki kelemahan diri ini. Pujian? Hish, tak ada makna semua itu. Sekadar baca jer. Sesiapa pun boleh. Dan ini pula, saya sertakan komentar dari al-Fadhil al-Ustaz al-Doktor Abdullah al-Hilali. Beliau la yang kat sebelah saya ini. Beliau juga merupakan Rais Master al-Qawaid al-Feqhiah Wa al-Usuliah Wa Tatbiqatuha Fi al-Ahkam Wa al-Nawazil Wa al-Wathaiq di Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Dhar Mehrez, Fes, Maghribi.

Akhirnya, kepada anda diharap dapat bersedia dengan situasi semacam ini. Jangan jadi macam saya. Huhu…

Wassalam.

YB: ABCD

Pas, Maghribi – 12/01/2009 – Isnin – 00:41

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”


8 comments

  1. لو كنت في مكانك لفزعت وتلجلجت كثيرا


  2. salamalaikum,
    syeikh, mabruklah kerana dah buat m.a. ana ada cadangan nak ke maghribi, kalau boleh anta bagikan email anta?


  3. ust tu


  4. salam..tahniah pada ust kerana berjaya dalam pembentangan tu..xcaya plak ust masuk dlm youtube..hehe..dikesempatan ni nak bg komen sikit bukan pada pada ust saja tp utk kita semua..adapun drpd pemerhatian ana khulasah drpd ust abdullah hilali tu kita kena sahut..


  5. smoga bertmbh ketawadukan di smping bertmbhnya ilmu..berhati2 dlm berhujah or melontar pandangn..hablun minallah wa hablun minannas..


  6. Assalamu3laikum wbt… Mabrouk Sheikh…


  7. Salam abang Jeri, terima kasih berkongsi cerita di sini, generasi2 baru kene amik cakna mende2 ni. Bukan kat Morocco je, nanti nak ceramah depan mergastua ummat Malaysia nanti.

    ~Baru balik dari Fes~


  8. baikkan



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: