h1

المسيرة التضامنية مع الشعب الفلسطيني، فاس، المغرب

3 January, 2009

700 pelajar demontrasi kutuk kekejaman Yahudi

FES, 31 Disember 2008 – Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 700 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Pelajar Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Dhar Mehrez, Fes dari Fakulti Sains, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Sains Kemanusiaan mengadakan demontrasi aman di perkarangan Universiti mereka bermula dari Fakulti Sains menuju ke Fakulti Undang-undang dan berakhir di Fakulti Sains Kemanusiaan.

Pelbagai sepanduk bantahan dipamerkan bersama kibaran bendera Negara Palestin dan Negara Maghribi . Laungan takbir menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut.

Demontrasi yang diadakan hampir dua jam bermula jam 10 pagi berakhir sebelum azan solat Zuhur dengan bacaan doa semoga bumi Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Yahudi.

Salah seorang wakil pelajar dari Malaysia yang turut menyertai perarakan itu berkata, tujuan demontrasi itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Islam di Palestin yang kini sedang ditindas rejim Yahudi.

“Kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin bukan lagi isu tempatan sahaja, malah ia melibatkan ketuanan Islam di bumi Allah.

“Saya menyeru kepada semua umat Islam sedar akan nasib saudara kita yang kini ditindas dan dibunuh. Marilah kita berpakat memboikot segala barangan dari negara yang menyokong rejim Yahudi,” katanya.

Menurutnya mahasiswa perlu bersuara kerana ia melibatkan persaudaraan Islam dan kebisuan negara Islam akan menambahkan kekejaman Yahudi.

Demontrasi terbabit juga turut melibatkan para pensyarah, masyarakat setempat dan mereka yang prihatin.

P/S : Diubah suai dari satu laporan berita dalam akhbar.

YB: ABCD

Pas, Maghribi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: