h1

Minyak Naik VS Naik Minyak

5 June, 2008

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hmm…minyak naik pulak. Terimalah kenyataan ini dengan seadanya. Tapi saya tak faham la dengan kerajaan ni. Dah la rakyat seakan-akan dah menolak mereka pada PRU ke-12 tempoh hari. Belum sampai 3 bulan PRU ke-12 kerajaan dah bebankan rakyat. Hmm…macam mana nak ambil hati rakyat camni untuk kembali menyokong kerajaan?

Tetapi itulah realitinya apabila kita sentiasa duduk di atas. Kita hanya memandang orang bawah ini seperti orang kerdil. Orang penting kerajaan mungkin tak terasa bahangnya kerana bukan mereka yang memandu kenderaan atau lebih tepat lagi bukan mereka sendiri yang pergi isi minyak kereta kat Stesen Minyak. Ala…katakan mereka isi minyak kereta pun tak der masalah sebab semuanya mereka akan tuntut balik dengan kerajaan.  Isi RM 50 jer tapi suruh Jurupam Stesen Minyak tulis kat resit RM 80.

Tetapi sedarlah selama mana akan berada diatas? Hidup ini umpama roda. Roda itu bulat. Jadi satu hari nanti anda akan turun ke bawah juga lebih-lebih lagi bawah tanah (masuk lubang kubur). Ada baiknya kalau kita lepaskan takhta pemerintahan kita semasa rakyat masih sayang akan kita. Sekurang-kurangnya hidup yang berbaki ini kita akan dihormati dan disanjungi.

Ada pun buat orang bawahan tak usahlah apabila minyak naik, maka anda pun naik minyak tak tentu arah. Anda harus fikir kalau bukan anda yang memberi kuasa kepada mereka,  siapa lagi? Jangan fikirkan kesenangan dalam jangka masa pendek tetapi belajarlah menjaga kemaslahatan semua untuk jangka masa panjang. Oleh itu, sekiranya kita diberi pilihan untuk melantik orang atasan, lantiklah mereka yang pernah berada di bawah. Maksud kat sini, yang memahami kehidupan orang bawahan atau pernah mengalaminya sendiri.

Menurut YB Wan Azizah ( Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang) : “Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah. Justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan”. Atau pun dengan kata lain, inilah salah satu contoh  perbandingan yang tidak betul ( Qiyas Fasid).

Akhirnya, akan kedengaran nanti nasihat supaya rakyat mengubah gaya hidup. Gaya ubah tu ubah! Nak ubah macam mana lagi? Apa kata sekiranya rakyat pula memberi nasihat : “Kerajaan yang perlu diubah”. Hmm…baru tak senang duduk kerajaan. Semoga pihak kerajaan dapat mengubat kembali hati rakyat yang telah terluka ini. Kena ingat juga, luka insya Allah akan sembuh tetapi tetap akan meninggalkan parut.

Kita patut sedar yang Allah sebenarnya dah sediakan pelbagai hasil galian bumi kepada dunia Islam. Tetapi tanpa ilmu dan kesungguhan umat Islam, tengoklah apa yang berlaku kepada pengeluar minyak negara Islam yang rela tunduk kepada kuasa Barat. Orang kita amat berbangga memiliki kenderaan hebat lagi canggih, tetapi sedarkah negara mana yang mengeluarkan kenderaan tersebut? Saya teringat kata-kata YB Datuk Alwi Che  Ahmad (ADUN Kok Lanas, Kelantan) : “Kita perlu jadi masyarakat yang memberi bukannya masyarakat yang menerima”. Sememangnya tak dapat disangkal lagi kata-kata ini kerana inilah pesanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya.

Wassalam.

P/S: Kenyataan YB Wan Azizah dipetik dari :

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014979&Itemid=28

YB : ABCD

Masjid Iskan Chaabi, Kenitra – 05 Jun 2008 – Khamis – 19:00

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

One comment

  1. salam..
    kepada akhi yang bertnye..
    ana amik spm thn 2005..
    skrng ni thn 2 kat faculty of medicine,cairo un
    well,nice blog..bnyk input2 yg berguna..
    hope to share some knowledge with u..
    btw,nta still student lg kn?study kat mane?kuliah ape?
    sori wat ms skrng..ana sibuk ngn final imtihan..so,tak smpat nak update blog..it’s too much to memorize all medical subjects..doakan moga dipermudahkan sume..aminn..
    wslm..



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: