h1

Apa yang tak kena dengan gagasan “Islam Hadhari”?

30 May, 2008

Assalamualaikum…

Maaf, diri ini berasa ingin berbicara sedikit mengenai Islam Hadhari setakat mana yang mampu dan diketahui. Diharap para pembaca dapat menilai tulisan ini secara rasional bukannya atas dasar politik.

Sebagaimana yang diketahui, gagasan Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi. Perdana Menteri Malaysia sebelum ini juga pernah mengemukakan satu gagasan.

Istilah Nama

Mungkin ramai yang tak setuju dengan nama gagasan ini iaitu Islam Hadhari. Malah pelbagai tanggapan dilakukan seperti sekiranya ada Islam Hadhari, maka Islam Badawi juga ada. Atau tak kurang yang berjenaka seperti bezanya Pak Lah Beruk dengan Beruk Pak Lah.

Manakala kalau secara Islamik, mempertikaikan istilah Islam Hadhari itu. Sepatutnya Hadharah Islamiah. Saya pernah bertanya kepada seseorang mengenai istilah ini. Katanya tak ada masalah. Contoh yang beliau beri ialah “Mamno’ al-Tadkhin” (Dilarang Merokok). Boleh juga dikatakan “al-Tadkhin Mamno”. Malah Dr. Mashitah Ibrahim pernah berkata yang Sheikh al-Azhar juga memperakui istilah Islam Hadhari. Wallahua3lam.

10 Prinsip Islam Hadhari

Di dalam gagasan Islam Hadhari, telah diperkenalkan 10 prinsip. Bagi orang politik, mulalah mereka kata yang rukun Islam Hadhari ada 10. Tidak sebagaimana rukun Islam sebanyak 5. Sebab itu perlu ditolak Islam Hadhari kerana ianya sesat lagi menyesatkan. Maka mulalah dijaja perkara ini kepada orang awam semasa berceramah.

Tetapi kalau kita tengok kepada 10 prinsip ini, memang baik dan tidak ada salahnya. Untuk mengetahui secara terperinci, layarilah laman ini http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=utama

Pandangan peribadi mengenai Islam Hadhari

Saya pada mulanya memang menolak gagasan Islam Hadhari. Penolakan ini disebabkan saya hanya menerima sahaja apa yang dikatakan oleh ahli politik. Tetapi sekarang tidak bermakna saya menerimanya cumanya sekarang saya mengkaji sendiri apa kebaikan dan keburukan gagasan Islam Hadhari. Sebab itu saya minta kepada sesiapa yang ingin mempersoalkan gagasan Islam Hadhari, sila pertikaikan secara adil atau dengan kajian dan pembacan. Bukannya terikut-ikut dengan perangai ahli politik.

Sebagai contoh, apabila berlakunya kes Murtad dan juga gejala sosial, mulalah kita menyalahkan Islam Hadhari. Adakah sebelum Islam Hadhari diperkenalkan tidak pernah berlaku gejala sosial dan kes Murtad? Pernah satu ceramah Murtad diadakan di Kelantan suatu masa dahulu. Ahli panel bagilah contoh mereka yang telah murtad lalu para pendengar menyalahkan Islam Hadhari. Walhal mereka yang telah murtad itu sebelum gagasan Islam Hadhari diperkenalkan. Adus..inilah mentaliti orang awam yang telah diracuni oleh ahli-ahli politik.

Bak kata tokoh yang saya segani “orang kampung ni dah la tak cerdik. Mereka mengharapkan kita yang cerdik ini untuk membantu mereka. Tetapi kita yang cerdik ni terlebih cerdik”. Maknanya kat sini, kalau kita nak kata Islam Hadhari tu sesat lagi menyesatkan, beritahulah secara ilmiah. Mana yang baik dan mana yang buruk. Bukankah kita diajar sekiranya ingin mendakwa sesuatu maka datangkan dalil?

Memang betul Islam itu sudah sempurna tetapi kerajaan bukannya ingin memperkenalkan Islam baru. Ini hanyalah satu gagasan seorang Perdana Menteri Malaysia bagi memajukan dan memperkasakan negara ke persada dunia. Itulah kata-kata dari pihak kerajaan.

Saya juga menolak gagasan Islam Hadhari tetapi selepas menerima hujah dari kedua-dua belah pihak. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah agar kita menolak dan menerima sesuatu itu dengan hujah dan dalil. Hmm… Rasanya setakat ini dahulu yang dapat saya tulis. Kepada mereka yang membaca tulisan ini, bolehlah menghantar komen sekiranya tidak setuju. Insya Allah kita sama-sama berbincang dan berkongsi pendapat dan sila nyatakan pendirian anda.

Wassalam.

P/S : Tak perlulah pihak pembangkang mengharamkan gagasan ini. Yang perlu bagi saya, perbetulkan la mana yang tak sesuai.

YB : ABCD

Masjid Iskan Chaabi, Kenitra – 30 Mei 2008 – Jumaat – 18:26

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

2 comments

  1. Well, kalo ikut kn prinsip tu memang x de yg salah, xde yg bertentangan dgn islam, cuma nama tu je la x berapa kena, dlm kuliah pn, ustaz gna istilah manhaj islam hadhari (pendekatan islam hadhari) sbb islam tu syumul, so mn blh kata islam hadhari… -just my opinion-


  2. i agree with hakimah’s opinion,.bkan ke Islam tu dh ckup smpurna(syumul) dan lengkap dri pelbgai aspeksjak dri zmn para anbia’??knapa perlu tmbah hadhari pada nma Islam?mksdnya,nma Islam tu sndiri xlgkap ke smpai perlu ditambah perkataan hadhari?Apapun,Islam ttp Islam.Islam hadhari kita assume sbgai tmbhn pda nama saja..sekian



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: