h1

Bersama Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek

30 January, 2009

Assalamualaikum Warahmatullah.

26 Januari 2009 (Isnin) – Mahasiswa Malaysia Di Maghribi berpeluang bertemu dengan Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia Ke Maghribi.

Di dalam ucapannya beliau menekankan peri pentingnya mengambil kesempatan belajar di negara luar untuk mencari kenalan sebanyak mungkin dan mengekalkan `connection’ ini sampai bila-bila. Beliau juga menekankan pentingnya mahasiswa terdedah dengan aktiviti berpersatuan malahan beliau mengakui banyak skill dan kemahiran beliau kini banyak diasah sejak zaman universiti lagi.

Malah lebih jauh lagi, beliau menekankan peri pentingnya mahasiswa mempunyai idealisme perjuangan dan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Tetapi pada waktu yang sama beliau mengingatkan mahasiswa supaya jangan hanya bersemangat di peringkat universiti
bahkan hendaklah terus aktif apabila sudah berkerjaya nanti.

P/S: Petikan ini diambil dan diolah sedikit dari Razizi Bin Tarmuji, pelajar tahun akhir M.A di Universiti Qadhi Ayyadh, Marrakech, Maghribi. Beliau juga merupakan Mantan Presiden PMMM selama 2 tahun bagi sesi 2005/2006 dan 2006/2007.

RAKAMAN AMANAT MENTERI PENERANGAN MALAYSIA

Untuk kepuasan anda yang ingin mendengar sendiri amanat Menteri Penerangan Malaysia ini, boleh mendengarnya melalui rakaman ini.

Akhirnya, saya juga memetik catatan BERNAMA mengenai perjumpaan ini.

Penuntut M’sia Perlu Jalin Hubungan Dgn Masyarakat Tempatan

RABAT (MAGHRIBI), 27 Jan — Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengingatkan penuntut Malaysia di luar negara supaya mengambil kesempatan untuk menjalin hubungan erat dengan penuntut dan masyarakat tempatan.

Berucap pada satu perjumpaan dengan penuntut Malaysia di Maghribi di sini, beliau berkata mereka perlu memahami sejarah dan kebudayaan tempatan dengan lebih mendalam serta menguasai bahasa asing yang amat berguna dalam pergaulan masyarakat antarabangsa.

Ahmad Shabery berkata rantaian yang diwujudkan dengan masyarakat tempatan amat penting apabila para graduan memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian.

Kira-kira 70 penuntut Malaysia hadir di majlis yang diadakan di kediaman Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Datuk Othman Samin. Turut hadirPresiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi, Ahmad Fathi Muhammad dan Ketua Masyarakat Malaysia di Maghribi, Baharin Ayob.

– BERNAMA

http://notashabery.com/shabery/?p=1111#more-1111

Wassalam.

YB: ABCD

Villa Abou Temmam, Kenitra – 30 Januari 2009 – Jumaat – 01:55

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

h1

Malam Munajat Kasihku Palestin, Rabat, Maghribi

30 January, 2009

Assalamualaikum Warahmatullah.

24 Januari 2009 (Sabtu) – Malam Munajat Kasihku Palestin telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi (PMMM) bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia Ke Maghribi, Datuk Othman Bin Samin, Rabat. Turut melibatkan semua warga Malaysia Di Maghribi di bawah seliaan Persatuan Rakyat Malaysia Di Maghribi. Namun ada juga yang tak dapat hadir atas masalah-masalah tertentu.

12:30 – Tamat pengajian Qawaid al-Nahw Wa al-Sarf di kuliah. Cuti selama 1 minggu. Memikirkan ke mana hala tuju selama 1 minggu ini. Terlintas di fikiran akan program anjuran PMMM. Oh, harusku ke sana demi Kasihku Palestin.

15:50 – Keretapi dua tingkat ONCF berlepas dari Pas ke Rabat. Mengambil masa 2 jam 30 minit kecuali kecemasan. Kulsyi Bayn… Maka, ku layari internet WANA 128 MB duduk bersila di atas lantai keretapi tanpa menghiraukan mata liar manusia yang memandang. Huhu…

18:45 – Tiba di rumah Duta Besar Malaysia Ke Maghribi. Ustaz Razizi bin Tarmuji sedang menyampaikan tazkirah mengenai Palestin. Terlepas untuk turut serta dalam solat Maghribi, solat Jenazah Ghaib, Qunut Nazilah secara berjemaah.

21:00 – Usai solat Isyak, program dimulakan dengan ucapan Pengarah Program, Mohd Ikram Hakim Bin Mohd Radzi diikuti ucapan Timbalan Presiden PMMM, Nor Adli Syahri Bin Abdul Kadir.

– Seterusnya ucapan S/U Persatuan Rakyat Malaysia Di Maghribi, Encik Muhamad Kamil Bin Baharin. Beliau merupakan RD Syarikat al-Hidayah Development SARL, Rabat, Maghribi.

– Seterusnya ucapan Duta Besar Malaysia Ke Maghribi, Datuk Othman Bin Samin.

– Usai sesi ucapan, tibalah saat yang dinantikan iaitu Deklamasi Sajak oleh ahli Group Karyawan Luar Negara (GKLN). GKLN di Maghribi sekarang dibawah seliaan Abdul Rahim Bin Zainudin.

– (1) Abdul Rahim Bin Zainudin, pelajar tahun 2 Pengajian Bahasa Arab di Universiti Mohamed 5, Rabat, Maghribi. Pelbagai jenis sajak dan cerpen yang dikarang beliau telah berjaya menembusi akhbar tempatan Malaysia, Tunas Cipta, antologi Bahasa Bumi dan pelbagai lagi buku keluaran GKLN. Boleh layari blog beliau di:

http://inskripsiabdi.wordpress.com/

– (2) Zahirah Binti Zahid, pelajar tahun 3 Pengajian Islam di Universiti Mohamed 5, Rabat, Maghribi. Juga pelbagai sajak dan cerpen yang dikarang beliau tersebar luas di alam internet mahupun dibukukan seperti Jalan Jauh Ke Ramallah keluaran GKLN. Boleh layari blog beliau di:
http://akudankatarsis.blogspot.com/


– (3) Abang Amir telah mendeklamasi sajak hasil tulisan Khairul Nashreeq Bin Jaafar, graduan Malaysia di Universiti Malik as-Saadi, Tetouan, Maghribi. Menggunakan nama pena “al-Fannani” dalam mengarang sajak mahupun cerpen. Johan SEMPURI 08 anjuran GKLN Maghribi. Blog beliau boleh dilayari di:

http://alfannani.wordpress.com/

Malam Munajat Kasihku Palestin diakhiri dengan persembahan nasyid oleh kumpulan al-Firdausi.

22:30 – Majlis berakhir dengan makan malam. Jutaan terima kasih buat tukang masak dan konco-konconya. Juga buat ayahanda Datuk Othman Bin Samin atas keprihatinan beliau terhadap warga Malaysia di Maghribi.

23:50 – Majlis bersurai.

Wassalam.

YB: ABCD

Villa Abou Temmam, Kenitra – 30 Januari 2009 – Jumaat – 01:05

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

h1

التقعيد الفقهي عند القاضي عبد الوهاب البغدادي الماليكي

24 January, 2009

كتاب “التقعيد الفقهي عند القاضي عبد الوهاب البغدادي الماليكي”

Assalamualaikum Warahmatullah.

Pada artikel kali ini, saya ingin berkongsi pengajian saya di peringkat M.A dengan anda semua. Maddah tersebut ialah al-Qawaid al-Feqhiah yang diajar oleh al-Ustaz al-Doktor Abdullah al-Hilali. Kitab yang beliau gunakan ialah kitab karangan beliau sendiri iaitu “al-Taq3ed al-Feqhi 3inda al-Qadhi Abd al-Wahhab al-Baghdadi al-Maliki (W 422 H) min khilal kitab al-Maunah al-Qawaid al-Feqhiah al-Mumayyizah Li Feqh al-Malikiah”.

Asal kitab ini ialah kertas kerja Ustazuna Dr. Abdullah al-Hilali yang beliau bentangkan di al-Mu3tamar al-Ilm al-Awwal Li Dar al-Buhus Li al-Dirasaat al-Islamiah Wa Ihya al-Turath di Dubai, UEA tentang al-Qadhi Abd al-Wahhab al-Baghdadi al-Maliki Sheikh al-Madrasah al-Malikiah di Iraq (W 422 H). Muktamar ini diadakan sempena memperingati 1000 tahun kewafatan beliau pada bulan Muharram 1424 H bersamaan Mac 2003 M.

Kitab ini boleh dikatakan kunci kepada kitab Feqh Maliki iaitu al-Maunah. Untuk memasuki sebuah rumah, kita perlu ada kunci pintu rumah tersebut. Begitulah perumpamaannya. Ustazuna menghimpunkan pelbagai al-Qawaid al-Feqhiah yang digunapakai oleh al-Qadhi Abd al-Wahhab al-Baghdadi. Atau dengan kata mudah, kitab ini ialah khulasah kepada kitab al-Maunah hasil kajian ustazuna.

Pembahagian kitab al-Taq3ed al-Feqhi

Pengenalan

(1) Kaedah dari segi bahasa

(2) Kaedah dari segi istilah Fuqaha

(3) Perbezaan antara Kaedah Kulliyyah Kubra dengan selainnya

(4) Perbezaan antara Kaedah Feqhiyyah dengan Kaedah Usuliyyah

(5) Perbezaan antara Kaedah Feqhiyyah dengan Dhabit Feqhi

Fasal 1: Manhaj al-Qadhi dalam kitab al-Maunah

Fasal 2: Kajian mengenai Qawaid Feqhiah dalam kitab al-Maunah

Fasal 3: Kajian mengenai Qawaid Feqhiah dalam Feqh Maliki

Kesimpulan

Rakaman pengajian bagi maddah al-Qawaid al-Feqhiah

Bagi anda yang berminat untuk mendengar rakaman pengajian ini, saya ada sertakannya dibawah ini. Selamat mengambil istifadah dari pengajian ini.


القواعد الفقهية 1 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 2 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 3 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 4 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 5 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 6 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 7 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 8 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 9 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 10 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 11 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 12 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي

القواعد الفقهية 13 – الأستاذ الدكتور عبد الله الهلالي


IKLAN BERMANFAAT

Anda ingin dapatkan kitab ini? Saya boleh bantu, insya Allah. Harga kitab ini DH 25 sahaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkan semua rakaman pengajian M.A bagi semester 1 di Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Dhar Mehrez, Fes, Maghribi boleh juga dapatkan dari saya dengan harga DH 15 (3 keping DVD).

Pengajian M.A semester 1 sebagaimana berikut:

(1) al-Qawaid al-Feqhiah

(2) al-Qawaid al-Usuliah

(3) Ilm al-Nafs

(4) Ilmu al-Ijtima

(5) Ilm al-Bayan

(6) Ilm al-Ma3ani

(7) Qawaid al-Nahw Wa al- Sarf

Wassalam.

YB: ABCD

Pas, Maghribi – 25/01/2009 – Ahad – 14:25

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

h1

HARI INI DALAM SEJARAH

12 January, 2009

10 Januari 2009, Sabtu – Hari ini dalam Sejarah. Inilah yang dapat saya nyatakan. Mana taknya, inilah kali pertama saya membentangkan bahas di hadapan pelajar Arab dan ustaz. Jika pada masa saya di peringkat Ijazah, selalu sahaja saya lari dari ini semua atau pendek kata pembentangan bahas ini oleh pelajar Arab sahaja. Tetapi, diperingkat M.A tidak dapat tidak saya kena hadapinya.

Saya sememangnya dah lama siapkan bahas ini. Semestinya, sebelum pembentangan mestilah baca balik agar cukup bersedia dan yakin pada masa pembentangan. Tetapi kawan sayalah, dia kata hari Sabtu ini kumpulan 3 yang akan membentangkan bahas. Saya kumpulan 2. Maka malam Sabtu tu mana la saya baca balik bahas saya tu. Malam tu saya hanya rehat sambil melayari internet baca berita mengenai Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (Semoga PAS dapat merampas kerusi ini) dan berita mengenai Palestin (Semoga Allah melaknat serta menghancurkan puak Yahudi dan sekutunya Amerika laknatullah ini dan menyelamatkan rakyat Palestin dari terus dijajah dan dianiaya).

Hmm… Untuk perkongsian, boleh la tengok sendiri situasi saya semasa pembentangan bahas ini. Mula-mula lagi dah kantoi Nahu. Adoii… Apabila duduk kat hadapan bersebelahan ustaz dan dihadapan pelajar Arab, mau tak ketar lutut. Apa pun, itulah pengalaman namanya. Masa belajar inilah untuk saya berlatih bercakap di hadapan. Suatu masa nanti, saya kena hadapinya juga. Urud saya ni bertajuk “al-Ummahat al-Feqhiah Fi al-Mazhab al-Syafie”.

Haa… Camner? Diharap anda dapat memberi komen, saranan mahupun kritikan agar saya dapat membaiki kelemahan diri ini. Pujian? Hish, tak ada makna semua itu. Sekadar baca jer. Sesiapa pun boleh. Dan ini pula, saya sertakan komentar dari al-Fadhil al-Ustaz al-Doktor Abdullah al-Hilali. Beliau la yang kat sebelah saya ini. Beliau juga merupakan Rais Master al-Qawaid al-Feqhiah Wa al-Usuliah Wa Tatbiqatuha Fi al-Ahkam Wa al-Nawazil Wa al-Wathaiq di Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Dhar Mehrez, Fes, Maghribi.

Akhirnya, kepada anda diharap dapat bersedia dengan situasi semacam ini. Jangan jadi macam saya. Huhu…

Wassalam.

YB: ABCD

Pas, Maghribi – 12/01/2009 – Isnin – 00:41

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”


h1

QUNUT NAZILAH

10 January, 2009

QUNUT NAZILAH

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.

اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفُد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحَق ، اللهم عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لا يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد … اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Januari 2009

4.29 pagi (UK time)

P/S: Dipetik dari laman ustaz Zaharuddin Abd Rahman

h1

المسيرة التضامنية مع الشعب الفلسطيني، فاس، المغرب

3 January, 2009

700 pelajar demontrasi kutuk kekejaman Yahudi

FES, 31 Disember 2008 – Kekejaman rejim haram Yahudi sehingga menyebabkan ramai penduduk Palestin menjadi korban turut mendapat kutukan hampir 700 pelajar yang berhimpun membantah tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Pelajar Universiti Sidi Mohamed Ben Abdellah, Dhar Mehrez, Fes dari Fakulti Sains, Fakulti Undang-undang dan Fakulti Sains Kemanusiaan mengadakan demontrasi aman di perkarangan Universiti mereka bermula dari Fakulti Sains menuju ke Fakulti Undang-undang dan berakhir di Fakulti Sains Kemanusiaan.

Pelbagai sepanduk bantahan dipamerkan bersama kibaran bendera Negara Palestin dan Negara Maghribi . Laungan takbir menyemarakkan lagi perhimpunan tersebut.

Demontrasi yang diadakan hampir dua jam bermula jam 10 pagi berakhir sebelum azan solat Zuhur dengan bacaan doa semoga bumi Palestin diselamatkan dari kekejaman rejim Yahudi.

Salah seorang wakil pelajar dari Malaysia yang turut menyertai perarakan itu berkata, tujuan demontrasi itu diadakan bagi memberi sokongan moral kepada penduduk Islam di Palestin yang kini sedang ditindas rejim Yahudi.

“Kekejaman Yahudi terhadap rakyat Palestin bukan lagi isu tempatan sahaja, malah ia melibatkan ketuanan Islam di bumi Allah.

“Saya menyeru kepada semua umat Islam sedar akan nasib saudara kita yang kini ditindas dan dibunuh. Marilah kita berpakat memboikot segala barangan dari negara yang menyokong rejim Yahudi,” katanya.

Menurutnya mahasiswa perlu bersuara kerana ia melibatkan persaudaraan Islam dan kebisuan negara Islam akan menambahkan kekejaman Yahudi.

Demontrasi terbabit juga turut melibatkan para pensyarah, masyarakat setempat dan mereka yang prihatin.

P/S : Diubah suai dari satu laporan berita dalam akhbar.

YB: ABCD

Pas, Maghribi

h1

Buat Peminat Siput Babi (Halazun @ Escargot)

6 June, 2008

Assalamualaikum Warahmatullah.

Dalam masa yang terhad ini (tengah exam), sempat juga saya melayari blog-blog para ustaz kat Malaysia. Dan hasilnya saya ketemu soal jawab berkaitan hukum makan Siput Babi bukannya makan Siput dan Babi. Ianya ditulis oleh ustaz Abu Umair. Untuk mengetahui jawapannya, boleh layari laman ini :

http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/04/hukum-makan-siput-babi/

Pengalaman Makan Siput Babi

Alhamdulillah, pada tahun 2004 saya dicampakkan ke bumi Maghribi ini bersama 8 orang lagi sahabat.  Dalam 9 orang ini, ada 2 orang sahabat saya yang masa kecil mereka berdua ini telah berada di bumi Maghribi kerana ayah mereka berdua sedang menyiapkan thesis PhD di Maghribi.  Kedatangan kami ke sini  diurus oleh seorang ustaz yang pada masa itu mengajar di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan.

Saya ditempatkan  di Kenitra bersama seorang lagi sahabat dan menyewa rumah kat Saknia, Kenitra. Ada pun 2 orang sahabat yang pernah berada di bumi Maghribi masa kecil ditempatkan di Marrakech. Tetapi malam tu mereka berdua ada datang berbuka puasa kat rumah saya bersama ustaz pengiring dan beberapa lagi sahabat. Dan semasa dalam perjalanan balik ke rumah persatuan kat Abou Temmam, Kenitra salah seorang sahabat saya yang pernah tinggal kat bumi Maghribi masa kecillah yang  beria-ria menunjukkan gerai makcik yang menjual Siput Babi. Saya dan sahabat-sahabat yang lain hanya menurutnya sahaja.

Disitulah pertama kali saya makan Siput Babi. Perhh…memang sedap. Ditambah lagi dengan supnya (blol) yang pedas dan panas. Tapikan mujur la masa makan tu dalam gelap. Tak der la lihat sangat atau memikirkan rupa bentuk Siput Babi ni. Hehe… Kalau tak, mahu tak makan juga. Senior kat sini pun ada yang tak boleh makan Siput Babi ini. Tetapi kami para junior pada ketika itu semuanya merasa akan kelazatan Siput Babi. Ustaz pengiring hanya tersenyum apabila melihat karenah sahabat saya yang masih ingat akan Siput Babi walaupun pada masa itu beliau masih kecil. Sapa ek sahabat saya itu? Hehe…

Maka bermula dari situlah saya mula makan Siput Babi walau di siang hari. Haha… Pantang jumpa jer gerai yang jual Siput Babi, mesti akan singgah. Tetapi sentiasa pandang keadaan sekeliling gak atas sebab-sebab tertentu yang tak perlu disebutkan. Pernah sekali tu saya makan Siput Babi kat restoran. Ingatkan biasa jer harganya. Sekali masa bayar satu mangkuk tu DH 10 (RM 4.30). Berbeza yang selalu saya makan hanya DH 2 (RM0.90). Apabila harga pun dah berbeza, kelazatannya pastilah berganda. Kesimpulannya, setakat yang saya makan Siput Babi ni, kat Casablanca la Siput Babinya paling mengancam sebab supnya yang power.

Begitulah serba sedikit pengalaman merasai nikmat Allah yang saya tak jumpa semasa berada di Malaysia. Berbalik kepada hukum makan Siput Babi ini, kalau kita baca apa yang ditulis oleh ustaz Abu Umair mengatakan diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (Siput Babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).

Sebelum ini tak pernah pula saya memikirkan akan hukumnya. Sekadar melihat waqi’ atau situasi masyarakat orang Maghribi jer.  Kiranya apabila umat Islam di Maghribi makan Siput Babi ini, saya hanya bertaqlid kepada mereka sahaja. Mujurlah tidak jatuh haram secara mutlak hukum makan Siput Babi ni. Hmm..lain kali pesan saya kat diri saya sendiri dan sahabat yang lain, betapa perlunya kita menilai atau mengkaji sesuatu perbuatan itu agar terhindar dari perkara-perkara yang hukumnya haram dan sebagainya supaya selari dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Jangan sekadar melakukan sesuatu hanya bersandarkan kepada mana-mana individu tertentu.  Akhirnya, patutlah bersepah gerai Siput Babi kat bumi Maghribi kerana umat Islam di sini bermazhab Maliki yang mana kita dah tahu sekarang bahawa  Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (Siput Babi) halal dimakan.

Cara Memasak Siput Babi

Mengikut sahabat Arab saya, cara yang diharuskan untuk memasak Siput Babi seperti berikut:

(1) Panaskan air sehingga mendidih @ menggelegak.

(2) Selepas itu, masukkan Siput Babi ke dalam air yang telah mendidih. Tujuan ini dilakukan supaya Siput Babi ini akan mati dengan kadar seberapa segera tanpa menyeksanya.  Ada pun kalau kita memanaskan air bersama Siput Babi didalamnya, ini akan menyeksa Siput Babi. (Ibarat menyembelih dengan pisau tumpul. Maka kita disuruh supaya menggunakan pisau tajam).

(3) Kemudian, letakkan rempah secukup rasa dan sedikit garam.

(4) Siap untuk dinikmati (Bissihah Warrahah). Hehe…

Khasiat Siput Babi

Antara khasiatnya seperti berikut:

(1) Memanaskan badan kita terutamanya dalam musim sejuk.

(2) Dikatakan ianya juga salah satu ubat untuk tubuh sentiasa sihat.

(3) Meningkatkan tenaga batin? Sahabat Arab saya kata kemungkinan betul. Wallahua3lam.

PERHATIAN!!!

Jangan samakan Siput Babi kat Malaysia dengan Siput Babi kat Maghribi. Pengalaman saya ini semasa di Maghribi. Huhu…

P/S: 1 KG Siput Babi berharga  antara DH 30 – DH 50 (RM 13 – RM 21). Harga akan berubah mengikut pasaran semasa (keperluan dan kehendak). Lepas ni, boleh la cuba memasak sendiri. Keke…

Wassalam.

YB : ABCD

Masjid Iskan Chaabi, Kenitra – 06 Jun 2008 – Jumaat – 02:24

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

h1

Minyak Naik VS Naik Minyak

5 June, 2008

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hmm…minyak naik pulak. Terimalah kenyataan ini dengan seadanya. Tapi saya tak faham la dengan kerajaan ni. Dah la rakyat seakan-akan dah menolak mereka pada PRU ke-12 tempoh hari. Belum sampai 3 bulan PRU ke-12 kerajaan dah bebankan rakyat. Hmm…macam mana nak ambil hati rakyat camni untuk kembali menyokong kerajaan?

Tetapi itulah realitinya apabila kita sentiasa duduk di atas. Kita hanya memandang orang bawah ini seperti orang kerdil. Orang penting kerajaan mungkin tak terasa bahangnya kerana bukan mereka yang memandu kenderaan atau lebih tepat lagi bukan mereka sendiri yang pergi isi minyak kereta kat Stesen Minyak. Ala…katakan mereka isi minyak kereta pun tak der masalah sebab semuanya mereka akan tuntut balik dengan kerajaan.  Isi RM 50 jer tapi suruh Jurupam Stesen Minyak tulis kat resit RM 80.

Tetapi sedarlah selama mana akan berada diatas? Hidup ini umpama roda. Roda itu bulat. Jadi satu hari nanti anda akan turun ke bawah juga lebih-lebih lagi bawah tanah (masuk lubang kubur). Ada baiknya kalau kita lepaskan takhta pemerintahan kita semasa rakyat masih sayang akan kita. Sekurang-kurangnya hidup yang berbaki ini kita akan dihormati dan disanjungi.

Ada pun buat orang bawahan tak usahlah apabila minyak naik, maka anda pun naik minyak tak tentu arah. Anda harus fikir kalau bukan anda yang memberi kuasa kepada mereka,  siapa lagi? Jangan fikirkan kesenangan dalam jangka masa pendek tetapi belajarlah menjaga kemaslahatan semua untuk jangka masa panjang. Oleh itu, sekiranya kita diberi pilihan untuk melantik orang atasan, lantiklah mereka yang pernah berada di bawah. Maksud kat sini, yang memahami kehidupan orang bawahan atau pernah mengalaminya sendiri.

Menurut YB Wan Azizah ( Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang) : “Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah. Justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Membandingkan harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura, Thailand dan Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan”. Atau pun dengan kata lain, inilah salah satu contoh  perbandingan yang tidak betul ( Qiyas Fasid).

Akhirnya, akan kedengaran nanti nasihat supaya rakyat mengubah gaya hidup. Gaya ubah tu ubah! Nak ubah macam mana lagi? Apa kata sekiranya rakyat pula memberi nasihat : “Kerajaan yang perlu diubah”. Hmm…baru tak senang duduk kerajaan. Semoga pihak kerajaan dapat mengubat kembali hati rakyat yang telah terluka ini. Kena ingat juga, luka insya Allah akan sembuh tetapi tetap akan meninggalkan parut.

Kita patut sedar yang Allah sebenarnya dah sediakan pelbagai hasil galian bumi kepada dunia Islam. Tetapi tanpa ilmu dan kesungguhan umat Islam, tengoklah apa yang berlaku kepada pengeluar minyak negara Islam yang rela tunduk kepada kuasa Barat. Orang kita amat berbangga memiliki kenderaan hebat lagi canggih, tetapi sedarkah negara mana yang mengeluarkan kenderaan tersebut? Saya teringat kata-kata YB Datuk Alwi Che  Ahmad (ADUN Kok Lanas, Kelantan) : “Kita perlu jadi masyarakat yang memberi bukannya masyarakat yang menerima”. Sememangnya tak dapat disangkal lagi kata-kata ini kerana inilah pesanan Rasulullah S.A.W kepada umatnya.

Wassalam.

P/S: Kenyataan YB Wan Azizah dipetik dari :

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=014979&Itemid=28

YB : ABCD

Masjid Iskan Chaabi, Kenitra – 05 Jun 2008 – Khamis – 19:00

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

h1

Apa yang tak kena dengan gagasan “Islam Hadhari”?

30 May, 2008

Assalamualaikum…

Maaf, diri ini berasa ingin berbicara sedikit mengenai Islam Hadhari setakat mana yang mampu dan diketahui. Diharap para pembaca dapat menilai tulisan ini secara rasional bukannya atas dasar politik.

Sebagaimana yang diketahui, gagasan Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-5, YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi. Perdana Menteri Malaysia sebelum ini juga pernah mengemukakan satu gagasan.

Istilah Nama

Mungkin ramai yang tak setuju dengan nama gagasan ini iaitu Islam Hadhari. Malah pelbagai tanggapan dilakukan seperti sekiranya ada Islam Hadhari, maka Islam Badawi juga ada. Atau tak kurang yang berjenaka seperti bezanya Pak Lah Beruk dengan Beruk Pak Lah.

Manakala kalau secara Islamik, mempertikaikan istilah Islam Hadhari itu. Sepatutnya Hadharah Islamiah. Saya pernah bertanya kepada seseorang mengenai istilah ini. Katanya tak ada masalah. Contoh yang beliau beri ialah “Mamno’ al-Tadkhin” (Dilarang Merokok). Boleh juga dikatakan “al-Tadkhin Mamno”. Malah Dr. Mashitah Ibrahim pernah berkata yang Sheikh al-Azhar juga memperakui istilah Islam Hadhari. Wallahua3lam.

10 Prinsip Islam Hadhari

Di dalam gagasan Islam Hadhari, telah diperkenalkan 10 prinsip. Bagi orang politik, mulalah mereka kata yang rukun Islam Hadhari ada 10. Tidak sebagaimana rukun Islam sebanyak 5. Sebab itu perlu ditolak Islam Hadhari kerana ianya sesat lagi menyesatkan. Maka mulalah dijaja perkara ini kepada orang awam semasa berceramah.

Tetapi kalau kita tengok kepada 10 prinsip ini, memang baik dan tidak ada salahnya. Untuk mengetahui secara terperinci, layarilah laman ini http://www.islam.gov.my/islamhadhari/index.php?page=utama

Pandangan peribadi mengenai Islam Hadhari

Saya pada mulanya memang menolak gagasan Islam Hadhari. Penolakan ini disebabkan saya hanya menerima sahaja apa yang dikatakan oleh ahli politik. Tetapi sekarang tidak bermakna saya menerimanya cumanya sekarang saya mengkaji sendiri apa kebaikan dan keburukan gagasan Islam Hadhari. Sebab itu saya minta kepada sesiapa yang ingin mempersoalkan gagasan Islam Hadhari, sila pertikaikan secara adil atau dengan kajian dan pembacan. Bukannya terikut-ikut dengan perangai ahli politik.

Sebagai contoh, apabila berlakunya kes Murtad dan juga gejala sosial, mulalah kita menyalahkan Islam Hadhari. Adakah sebelum Islam Hadhari diperkenalkan tidak pernah berlaku gejala sosial dan kes Murtad? Pernah satu ceramah Murtad diadakan di Kelantan suatu masa dahulu. Ahli panel bagilah contoh mereka yang telah murtad lalu para pendengar menyalahkan Islam Hadhari. Walhal mereka yang telah murtad itu sebelum gagasan Islam Hadhari diperkenalkan. Adus..inilah mentaliti orang awam yang telah diracuni oleh ahli-ahli politik.

Bak kata tokoh yang saya segani “orang kampung ni dah la tak cerdik. Mereka mengharapkan kita yang cerdik ini untuk membantu mereka. Tetapi kita yang cerdik ni terlebih cerdik”. Maknanya kat sini, kalau kita nak kata Islam Hadhari tu sesat lagi menyesatkan, beritahulah secara ilmiah. Mana yang baik dan mana yang buruk. Bukankah kita diajar sekiranya ingin mendakwa sesuatu maka datangkan dalil?

Memang betul Islam itu sudah sempurna tetapi kerajaan bukannya ingin memperkenalkan Islam baru. Ini hanyalah satu gagasan seorang Perdana Menteri Malaysia bagi memajukan dan memperkasakan negara ke persada dunia. Itulah kata-kata dari pihak kerajaan.

Saya juga menolak gagasan Islam Hadhari tetapi selepas menerima hujah dari kedua-dua belah pihak. Apa yang saya ingin tekankan di sini ialah agar kita menolak dan menerima sesuatu itu dengan hujah dan dalil. Hmm… Rasanya setakat ini dahulu yang dapat saya tulis. Kepada mereka yang membaca tulisan ini, bolehlah menghantar komen sekiranya tidak setuju. Insya Allah kita sama-sama berbincang dan berkongsi pendapat dan sila nyatakan pendirian anda.

Wassalam.

P/S : Tak perlulah pihak pembangkang mengharamkan gagasan ini. Yang perlu bagi saya, perbetulkan la mana yang tak sesuai.

YB : ABCD

Masjid Iskan Chaabi, Kenitra – 30 Mei 2008 – Jumaat – 18:26

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

h1

Maklum Balas ahli al-Fikrah Groups Mengenai Maghribi (al-Ghumariyyuun)

24 April, 2008

Salam.

Pada 20 April 2008, saya ada iklankan mengenai Kemasukan Ke Universiti Di Maghribi di al-Fikrah Groups. Maklum balas yang saya terima hasil perbincangan dalam Groups tersebut, mereka membicarakan mengenai al-Ghumariyyuun. Ini kerana buat pengetahuan semua, memang terdapat satu keluarga di Tanger, Maghribi iaitu Zawiyah Siddiqiyah yang mana pengasasnya Muhammad Ben Siddiq al-Ghumari ( 1878-1935 ).

Insya Allah, ada kelapangan waktu, saya akan cuba berkongsi dengan semua mengenai Zawiyah Siddiqiyah ini. Untuk permulaan, saya ingin berkongsi dengan semua tentang perbincangan dalam al-Fikrah Groups mengenai pandangan mereka terhadap al-Ghumariyyuun.

(1) Perbincangan tentang al-Ghumariyyuun di:

http://www.ahlalhde eth.com/vb/ showthread. php?t=11802& highlight= %C7%E1%DB% E3%C7%D1% ED

(2) Ada 5 beradik iaitu Ahmad, ‘Abdullah, Azzamzami, ‘Abdul Hayyi dan ‘Abdul ‘Aziz. Az Zamzamiyy lebih hampir kepada Salafiyyah berbanding adik-beradik lain. Yang lain ramai yang dipengaruhi kesufian dan keshi’ahan. AHmad bin Siddiq Al Ghumariyy yang paling tua dan ‘aalim di antara mereka semua. Beliau ada menyerang sebahagian pemikiran Ash’ariyyah yang ekstrim.

Dr MAZA pernah kata Ghumariyyuun ni bukan calang-calang orang.

(3) Di : http://www.ahlalhde eth.com/vb/ showthread. php?t=25315& highlight= %C3%CD%E3% CF+%C7%E1% DB%E3%C7% D1%ED

Admin bahagian manuskrip di Multaqa iaitu Syaikh Khaalid Al Ansaari mendedahkan kegelinciran Al Ghumariyy yang antara lain menganggap Fir’aun sebagai ahli syurga sebagai pembelaan kepada Ibn ‘Arabiyy.

Namun ada juga tulisan2 lain yang menunjukkan bahawa beliau menyokong ‘aqeedah Salaf dan memuji buku-buku Ibn Qayyim dan Ibn Taimiyyah.

(4) Di: http://www.muslm. net/vb/archive/ index.php/ t-151861. html

Diceritakan pula tentang az zamzamiyy al ghumariyy yang berpindah dari ‘aqeedah ashaa’eerah ke ‘aqeedah Salaf lalu menyerang bid’ah dan ahlinya. Beliau meninggal pada tahun 1408 H, rahimahullah.

– Maklum balas ini dari “Muhammad” im3132002@yahoo.com

(1) Hmmm, menurut Ustaz Adlan ada seorang murid yg begitu rapat dengan Ahmad bin Siddiq Al-Ghumariyy (dia ada sebut nama Syaikh tuh tapi ana lupa) telah keluar dari
majlis ilmu beliau kerana pegangan Syi’ah Ahmad bin Siddiq Al Ghumariyy tuh. WAllahu’alam

(2) Al-Ghumariyy ni memang hebat gak ilmunya.. ######################### Anak muridnya yg meninggalkan majlis ilmunya tu kata sekiranya tidak kerana pengaruh Syi’ah tuh, Al-Ghumariyy merupakan ulamak hadis yang paling hebat zaman nih… WAllahu’alam. ..

– Maklum balas ini dari “Abu Iqbal Mohd Yaakub Mohd Yunus” akob73@yahoo.com

Itulah maklum balas mengenai al-Ghumariyyuun dari ahli-ahli al-Fikrah Groups. Ok, ada ruang kita bersua kembali.

Wassalam.

YB : ABCD

Hayy El-Fath, Saknia, Kenitra – 24 April 2008 – Khamis – 01:28

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”