h1

KEMASUKAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

20 April, 2008

Universiti-Universiti Di Maghribi Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Malaysia

1. Universiti Ibn Tofail – Kenitra

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES
BP: 401, Kénitra

Tél. :
(037)37-22-04/05/06
Fax : (037)37-21-52

E-Mail:http://www.univ-ibntofail.ac.ma/fra/index.php

2. Universiti Mohammed V – Rabat
FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES
3,Avenue Ibn Batouta BP:1040, Rabat
Tél. :
(037)77-19-89/77-20-15
Fax : (037)77-20-68

3. Universiti Hassan II – Mohammedia

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES
Boulevard
Hassan II, BP:546, Mohammedia
Tél. : (023)32-48-73/74
Fax : (23)32-53-77

E-Mail:
flsh-uh2m@fusion.net.ma

4. Universiti Hassan II – Ain Chock, Casablanca

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES ain chok
Quartier AL Inara BP:8507 Ain Chok, Casablanca
Tél. : (022)21-39-65/21-29-67/21-12-23
Fax : (022)21-49-74
E-Mail:
flsh@flsh-uh 2c ac.ma

5. Universiti Qurawiyyin – Fes

6. Universiti Qurawiyyin (Fakulti Usuluddin) – Tetouan
FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES
Route de Martil BP:26 Martil, Tétouan
Tél. : (039)97-93-93
Fax : (039)97-91-28

7. Universiti Qurawiyyin (Fakulti Bahasa Arab) – Marrakech

8. Universiti Muhammad Al Awwal – Oujda

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES
BP:457, Oujda
Tél. : (056)74-47-77/58
Fax : (056)74-47-41/58

E-Mail: http://lettres.univ-oujda.ac.ma/

9. Universiti Sidi Muhammad Abdullah – Fes

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES dhar mehrez
Dhar Mehrez BP:50, Fès
Tél. :
(055)64-17-75/39
Fax : (055)64-08-44

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES sais
BP: 59 Fac des L.S.H .SAIS FES, Fès

Tél. :
(055)61-82-26
Fax : (055)64-09-84
E-Mail:
fl.sais@fesnet.net.ma

10. Universiti Qady Ayyad – Marrakech

FACULTE DES LETTRES ET DES SCIENCES HUMAINES
Quartier Amerchich BP 2410, Marrakech
Tél. : (044)30-19-62/30-27-42
Fax : (044)30-20-39

Untuk Keterangan Lanjut, Sila berkunjung ke Laman Web ini :

1.) http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

2). http://www.eghrmis.gov.my/wp_content2/IktirafKelayakan/Sastera/SSK/iKelayaka_ms37.ht

KEMASUKAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

Ijazah Sarjana Muda

——————-

1. Syarat-syarat kemasukan :

- SPM dan sijil yang digunakan mestilah yang terbaru (dikeluarkan pada tahun pendaftaran). (SIJIL SPM SAHAJA).

- Mata pelajaran yang diambil kira : Bahasa Arab

(BAT:1-4 / BAK:1-4) dan Bahasa Inggeris (1-6).

2. Cara-cara memohon :

Hantar semua dokumen-dokumen yang diperlukan ke Kementerian Pengajian Tinggi, Putra Jaya, Malaysia.

3. Dokumen-dokumen yang diperlukan:

1- Salinan sijil SPM dan terjemahan (salinan slip keputusan

awal boleh digunakan untuk tujuan proses).

2- Salinan kad pengenalan.

3- Salinan surat beranak dan terjemahan.

4- 4 (empat) keping gambar berukuran pasport.

- Segala salinan dokumen hendaklah dibuat pengesahan terlebih dahulu.

- Sila buat terjemahan di mana-mana pusat penterjemahan ke dalam Bahasa Arab.

4. Waktu permohonan :

Sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan sehingga bulan September.

- Sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang asal hendaklah dibawa bersama ke Maghribi.

Maklumat-maklumat tambahan :

01. Universiti-universiti di Maghribi kebanyakannya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

02. Tempoh pengajian adalah :

- 3 tahun bagi sarjana muda (B.A).

- 2 tahun bagi master (M.A)

- 5 tahun bagi doktor falsafah (P.H.D) (2 tahun belajar dan 3 tahun menulis tesis).

03. Yuran pengajian adalah PERCUMA.

04. Di sebahagian universiti mereka juga layak untuk memohon asrama secara percuma.

05. Kerajaan Maghribi kemungkinan akan menyediakan bantuan kewangan.

06. Bantuan ini akan diberikan sebanyak 750 DIRHAM (RM330) sebulan kecuali pada bulan 7 dan 8 tidak disediakan. Adalah lebih baik sekiranya mendapat bantuan tambahan dari Malaysia.

07. Bantuan kewangan dari Malaysia boleh dipohon samada dari Pejabat Zakat Negeri, Majlis Agama Islam, Yayasan Negeri, atau sebagainya.

08. Perbelanjaan sara hidup di Maghribi iaitu makan, sewa tempat tinggal dianggarkan sebanyak 1200DH (Dirham) = RM 500 sebulan atau lebih.

09. Visa melawat hendaklah diambil dari Kedutaan Maghribi di Kuala Lumpur sebelum datang.

- visa berharga RM80 beserta 3 keping gambar.

- sila minta visa untuk 3 bulan.

10. Tiket penerbangan juga boleh diminta atau membuat pengkleman daripada Majlis Agama Islam Negeri (dengan syarat anda sudah menerima surat tawaran belajar di Maghribi).

Pengajian M.A atau PHD

———————-

Dokumen-dokumen yang perlu dihantar untuk permohonan bagi pengajian M.A dan P.H.D :

1. salinan kad pengenalan Malaysia.

2. salinan surat beranak (beserta terjemahan).

3. sijil ijazah (B.A).

4. 4 keping gambar berukuran pasport.

5. setiap dokumen atau sijil yang difikirkan sesuai.

- Segala salinan dokumen hendaklah dibuat pengesahan terlebih dahulu.

- Sila buat terjemahan di mana-mana pusat penterjemahan di Malaysia.

Masa untuk membuat permohonan M.A atau PHD pada bulan Ogos setiap tahun.

- Bagi pelajar lepasan Ijazah di Maghribi, sila sediakan sekali bahas Ijazah, keputusan peperiksaan setiap semester, surat sokongan dari mana-mana Asatizah.

- Yuran pengajian adalah PERCUMA.

Maklumat bagi pengajian M.A atau PHD :

Bidang pengajian yang terdapat di universiti-universiti berikut:

(bagi Pengajian Islam sahaja)

a) Universiti di Rabat :

1. Universiti Muhammad 5, Rabat

- bidang Maqasid al-Aqdiyyah.

- bidang Ilmu Qiraat.

- bidang Ijtihad.

2. Dar AlHadis AlHasaniah, Rabat

- alQuran & asSunnah.

- alFiqh & Usul alFiqh.

b) Universiti di Fes.

1. Universiti al Qarawiyyin

- bidang Syariah.

2. Universiti Muhammad bin Abdullah

- bidang Khitobus Syar’ie (bab Usul dan Maqasid).

c) Universiti di Tetouan.

- bidang Usuluddin – akidah dan falsafah.

d) Universiti Ibn Tofail, Kenitra.

- asbab ikhtilaf fi 3ulum syari3ah

e) Universiti Muhammad al-Awwal, Oujda.

- al-Khitob Wa Tajdid al-Dakwah al-Islamiah

PERHATIAN!!!

Bidang pengajian yang dinyatakan ini sentiasa berubah dari tahun ke tahun.

Alamat Kedutaan Malaysia di Maghribi:

Duta Besar Malaysia di Rabat,

17, Avenue Bir Kacem

Souissi, Rabat

Royaume du Maroc / Morocco

Tel : 212-37658324/37658355

Fax : 212-37658363

Alamat Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi:

Presiden

Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi

[The Association Of Malaysian Students In Morocco]

No. 9, Rue Mansour Ez-Zehbi,

14000 Kenitra,

Royaume Du Maroc / Morocco.

Tel : 212-37376035/37376350

Suntingan Oleh :

YB : ABCD

Hayy El-Fath, Saknia, Kenitra – 20 April 2008 – Ahad – 23:58

“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”

48 comments

  1. 5 tahun bagi doktor falsafah (P.H.D) (2 tahun belajar dan 3 tahun menulis tesis)???

    Tolong sahkan maklumat ini..sbb setakat dimaklumkan hanya 3-5 tahun. Tesis sahaja, tanpa belajar.

    Tapi mgkin ini undang2 sesi ini. Tlg sahkan ya.


  2. Salam.

    Terima kasih atas pertanyaan ini. Bidang pengajian untuk M.A dan PhD sentiasa berubah setiap tahun. Setahu saya juga, kita hanya menulis tesis sahaja tanpa belajar. Maklumat yang saya nyatakan ini pun bukanlah yang terbaru. Tetapi jika benar saudara berminat utk membuat PhD kat sini, insya Allah akan saya dapatkan maklumat yang tepat melalui ahlinya (yang mengetahui).

    Wassalam.

    YB : ABCD


  3. assalamualaikum,

    Ingin bertanya.

    1.Bagi pengajian ijazah sarjana Muda bahasa arab dan juga bidang Qiraat. Boleh cadangkan universiti yang terbaik di Maghribi.

    2. Bagi membuat permohonan , macam mana procedure-nya. Kata hantar permohonan ke KPT, ada borang khas ke atau permohonan surat biasa aje ke KPT. Kpt pula , kepada siapa nak di tuju ? Saya mohon penjelasan tambahan dari al ustaz. Begini, saya bertanya untuk anak saya . Beliau baru habis (SPM) dan beliau mendapat 9A termasuk A1 dalam bahasa arab tinggi. Beliau dari sek. Tahfiz kerajaan negeri. Jadi beliau bercadang ambil bidang bahasa arab atau pun qiraat.

    Penjelasan al ustaz sangat sangat saya hargai.

    Terima kasih.


  4. Waalaikumussalam Warahmatullah.

    Terima kasih buat Encik yang bertanya. Insya Allah saya akan cuba menjawab pertanyaan Encik setakat apa yang saya tahu.

    Mengenai Ijazah Pengajian Bahasa Arab sememangnya ada beberapa pelajar kita yang mengambilnya. Majoritinya mengambil Pengajian Islam. Setakat ini, hanya 2 buah universiti sahaja yang ada pelajar kita yang mengambil Pengajian Bahasa Arab iaitu :

    1. Universiti Ibn Tofail – Kenitra
    2. Universiti Mohammed V – Rabat

    Buat pengetahuan Encik, Pengajian Bahasa Arab di sini boleh dikatakan agak mencabar kerana ada beberapa subjek terpaksa belajar dalam Bahasa Perancis. Belum ada pelajar kita setakat ini yang dapat menghabiskan pengajian mereka selama 3 tahun. Mereka ini terpaksa tambah tahun pengajian. Tetapi jika anak Encik betul-betul berminat, rasanya tidak menjadi halangan. Hendak seribu daya.

    Ada pun mengenai Pengajian Qiraat, tidak ada pengkhususan di sini. Maksudnya jika anak Encik mengambil Pengajian Islam, maka di dalamnya terdapat subjek Qiraat. Untuk pengkhususan bidang Qiraat hanyalah sekiranya anak Encik ingin mengambil Master selepas tamat pengajian Islam selama 3 tahun.

    Masuk kepada permohonan ke sini, sekarang ianya melalui KPT. Encik boleh buka laman
    ini.

    http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/timur_tgh.php?m=&lang=ENG

    Hmm…Boleh saya tahu Encik asal dari mana? Kalau ikut e-mail Encik ni, dari Pahang. Ok, sebenarnya kemasukan ke sini diuruskan melalui Yayasan Negeri. Ada pun untuk persendirian, boleh la terus ke KPT. Semua maklumat ada dalam link KPT yang saya sertakan.

    Kalau Encik dari Pahang, Encik boleh ke Yayasan Pahang. Ini kerana Yayasan Pahang ada melakukan Kursus Intensif Bahasa Arab kepada mana-mana pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah termasuk ke Maghribi. Jika anak Encik mengikuti kursus ini, anak Encik akan di tajaoleh Yayasan Pahang dan akan diberi pinjaman kewangan sebanyak RM 10 ribu setahun. Ini link laman Yayasan Pahang.

    http://www.yp.org.my/html/bantuan/pinjaman.html

    Itulah serba sedikit yang dapat saya bantu Encik. Kalau ada apa-apa lagi, Encik boleh la bertanya lagi. Saya sedia membantu setakat yang mampu. Insya Allah.

    Sekian, terima kasih.

    Wassalam.

    Azri Amin Bin Che Din
    Mahasiswa Malaysia Di Maghribi


  5. Azri,

    Keep up your good work! Teruskan menulis di waktu lapang. Lambat laun, Azri akan menjadi penulis terkenal. Semoga sentiasa dirahmati Allah dan dimudahkan dalam menuntut ilmu.

    Salam dari Pulau Mutiara.


  6. Pertanyaan.

    Di peringkat doktor falsafah, ada atau tidak universiti yang menawarkan kursus di peringkat PhD secara penyelidikan sepenuhnya(full thesis) iaitu tanpa taught course(subjek)?

    Jawapan.

    Sebelum ini dan sekarang memang ditawarkan penyelidikan sepenuhnya(full thesis) iaitu tanpa taught course(subjek) pada peringkat doktor falsafah, cuma mungkin sistem ini akan ditukar pada tahun depan.

    Kalau kerajaan tak tukar sistem ini tahun depan, mungkin sistem lama akan kekal tanpa taught course. Tidak pasti adakah mereka akan tukar sistem ini atau tidak.

    Sistem sekarang untuk PhD, menyiapkan tesis sekurang-kurangnya 3 tahun dan selewat-lewatnya 5 tahun.

    Wallahu a3lam

    * Makluman ini dari pelajar PhD sekarang, iaitu Ahmad Wifaq Bin Mokhtar. Rasanya terjawab persoalan Encik Syukur.


  7. assalamualaikum sdr Azri Amin,

    Terima kasih banyak atas info yang berfaedah ini. Sebagai langkah perkenalan, saya sebenarnya orang Kelantan (Pasir Mas) tapi berkerja di Pahang dan anak anak saya semua nya bersekolah agama samada di Kelantan dan Pahang. Yang saya cakap anak saya ini yang baru habis SPM , beliau belajar di Maahad Tahfiz Pulai Chondong Kelantan dan sekarang akan mengambil STTQ (Sijil Tinggi Tahfiz Quran) 2 minggu lagi. Beliau berminat untuk teruskan dalam bidang agama saja terutamanya qiraat walaupun ok dalam SPM (9 A). Saya tidak menghalang dan bahkan saya menyokong untuk teruskan dalam bidang agama. Jadi tengah filkir mana nak sambung, Shoubra ke, Madinah ke dsg-nya. Apa pun saya sangat-sangat menghargai info yang sdr Azri bagi ini dan berharap kalau masih ada kemuskilan saya akan bertanya lagi, ok. Untuk bertukar tukar maklumat sdr Azri boleh hubungi e-mail saya yang diberi .

    Jazakallah & Wassalam.


  8. Terima kasih byk Azri..


  9. Assalamualaikum..
    Saya merupakan lepasan ijazah dari UKM dalam bidang pengajian Islam..Saya berminat untuk menyambung pelajaran utk M.A di Magribi..Soalan saya:
    1)adakah Universiti Magribi mengiktiraf ijazah B.A pengajian Islam di Malaysia untuk melayakkan ambil M.A disana..
    2)Bagaimana prosedurnya
    3) Kos yang diperlukan atau terdapat biasiswa dari kerajaan Magribi
    Jazakallah khir


  10. Waalaikumussalam.

    Terima kasih atas pertanyaan saudara. Insya Allah, saya akan cuba bantu setakat yang mampu.

    (1) Yer. Universiti Maghribi mengiktiraf Ijazah B.A Pengajian Islam di Malaysia.

    (2) Prosedurnya :

    1) Skrg ni semua penghantaran pelajar ke Maghribi mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPA). Anta cubalah pergi sendiri ke KPA. Dekat jer nga UKM tu utk dapatkan kepastian lanjut. Tak pun, sila hubungi: Cik Akma / En. Shamsul – 03 8883 5892. En. Rushdan – 03 8883 5873
    atau layari laman ini : http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/timur_tgh.php?m=&lang=ENG

    2) Ada pun untuk kos pengajian bergantung kepada Universiti di Maghribi. Maknanya bukan semua Universiti di Maghribi buka kos pengajian untuk Master. Benda ni dalam bulan 7 camtu baru dapat tahu.

    (3) Mengenai biasiswa pula, memang kerajaan Maghribi ada sediakan. Ianya terhad kepada 15 orang pelajar setiap tahun (Ijazah/Master/PhD). Mereka yang layak terima akan ditentukan oleh pihak Kedutaan / pihak Wakalah Maghribi. Apa pun, anta dinasihatkan mempunyai pinjaman atau tajan dari Malaysia. Ini kerana kos sara hidup kat sini 2 kali ganda berbanding Malaysia.

    Hmm…setakat itu yang dapat saya bantu. Sekiranya masih ada pertanyaan, boleh kemukakan.

    Wassalam.

    YB : ABCD


  11. Assalamualaikum akhi…
    Bagaimana ye prosudernya untuk buat phd di Jami’ah Mohammed V?


  12. assalamualaikum…

    ust,ana nk tanyo skit..shoubra diiktiraf x untuk sambung MA qiraat sano??


  13. Anak-anak sekelian diperantauan. Tahniah kerana sanggup jauh bermusafir ke Morocco. Pak cik adalah antara generasi pertama yang belajar di Universiti King Hassan 2, Casablanca. Tinggal di Hay Inarah Ain Chok. 5 orang je melayu masa tu. Belajar bagai nak mati,peksa tiga hari je..dapat maqbul syukur.Ramai member yang taklulus dihantar balik Malaysia.Sekaarang ni mereka semua dah jadi pensyarah dah ada master, ramai yang dapat phd.Namun MAQBUL morocco tak diiktiraf JPA sebagai HONOURS. Lepasan Mesir dapat,, kita tak dapat.So,, berjuanglah dalam PMMM dan buat paper sikit minta pengiktirafan kita ni..Insyaallah kalu ada rezeki tak kempunanlah lepasan Morocco.Ayahanda doakan anakanda semua berjaya dan jaga nama baik Malaysia.


  14. Salam.. Sama2 doakan agar dipermudahkan dan dipercepatkan pengiktirafan Maqbul ni sebagai honours…


  15. salam.saya nk tnye.bile tarikh tutup untuk memohon di kementerian pengajian tinggi untuk belajar di morocco?
    2)kalau belajar di morocco brpe thun untuk degree?kwan sy ckp blaja memang 3 thun, tp kne ambik kursus bahase setahun.btul ke?
    mohon penjelasan.TQ


  16. Assalamualaikum w.b.t.
    1.ya akh..terima kasih di atas info yg diberikan..barakallahu fik..

    2.utk mklmt akhi..insya Allah sy dn beberapa kwn yg lain(lepsan diploma)sdh mndpt twaran ke morocco dn jika tdk ada hlgn mgkin buln 9 @ 10 kami bertolak..insya Allah..

    3.di sini sy ingin meminta pertolongan akhi utk nyatakan senarai subjek subjek sarjana muda bhs arab di ibnu tufail dsbbkn kami tdk memhami bhs perancis di lmn web ibnu tufail atau akh ada akses lain utk kami mdptkn mklmt lnjt..jazakallahu khairan jaza’.


  17. slm..nk tye ustaz siktla tntang mklumat pngajian di maghrib ni..utk jurusan syariah,blh tlg syorkan jamiah2 yang sesuai untk plajar kite..kmudian,btl ke crite yang pekse d sane tdk dbritahu tarikhnya,mksdnya plajar kene sentiase brade dlm keadaan sdia??muqarar plak cmne?utk quran byk tk yg matlub??kos hdp plak ok ke???trime ksh atas jawapn ustz..


  18. salam
    untuk pengetahuan,kolej ana nie menawarkan program 3+1 dengan universiti al-azhar,mesir bagi kursus ijazah tetapi memandangkan uni al-azhar tidak menerima lagi pelajar seperti kami untuk menghabiskan kursus ijazah yang masih tinggal setahun shj.Jd nye,ana bercadang untuk menghabiskan ijazah ana di universiti maghribi.so, macamana prosudernya nak melanjutkan pelajaran di sana???adakah boleh transfer kredit di sana???ana dari jurusan ijazah syariah dan sahabat ana dari jurusan ijazah usuluddin…
    harap dapat jelaskan hal ni.
    syukran

    Salam.

    Terima kasih atas pertanyaan. Program yang anda maksudkan tu muadalah la yer. Pasal ni memang saya ada dengar dan katanya akan datang pelajar muadalah ke sini tahun ni. Mengenai urusan kemasukan muadalah ni kena tanya kolej itu sendiri la. Setakat ni tak de lagi yang transfer kredit @ pelajar muadalah. Semua yg datang sini setakat ni masuk tahun satu. Kalau yang mari tahun satu, urusan kemasukan melalui Kementerian Pengajian Tinggi kat Putra Jaya. Tak tahu la tahun ni berlaku perubahan.

    La syukran 3ala wajib.

    Wassalam.


  19. uridu an astamra diarsat lughah arabiah hunak….keff? laisa indi madah arabiah fi syahadah spm walakin kana ma’i syahadah min markazil lighah ma’had sibawaih sana’a yemen…..uridu jiddan ila hunak….uhibbu lughah al-quran


  20. Salam ilaikum,
    Saya nak tanya, sya nak belajar di maghribi, tapi, cme saya confius sikit pada yuran pengajian, betul ke percuma? atau ada scholarship dari mana2 ajensi? dan biasanya ramai tak pelajar Malaysia yang dapat scholarship di sana? Satu lg, kos untuk kte bertolak ke Maghribi tanggungan sendiri atau tanggungan oleh pihak tertentu? Maklumlah, saya bukan orang yang berduit..harap dapat reply untuk merungkai kebingungan ini..


  21. salam..

    maaf mengganggu..saya salah seorang pelajar malaysia yg akan menyambung pelajaran di sana..bolehkah saya mengetahui mengenai kos penerbangan untuk kesana kerana saya terpaksa menanggung sendiri penerbangan untuk kesana..
    sekian terima kasih.


  22. Assalamualaikum..

    Saye bernama Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari kini sedang belajar peringkat M.A di Fakulti Pengajian Islam, UKM dalam bidang Pengajian Arab dan Tamadun Islam (pengkhususan Sejarah dan Tamadun Islam). Saya akan menulis tesis M.A (full-thesis) dari tempoh sekarang hingga 2 tahun mendatang yang bertajuk “Kerajaan Banu Marin : Kajian terhadap aspek politik, sosial dan ekonomi”. objektif kajian ini untuk menilai dan menganalisa sumbangan Kerajaan Banu Marin yang bertapak di Maghribi ketika abad ke-14M terhadap perkembangan tamadun Islam khususnya di Afrika Utara. Saya juga telah ditawarkan oleh pihak UKM untuk pergi ke Maghribi untuk melihat sendiri kesan-kesan tamadun pada waktu itu. Dalam jangkaan tersebut, saya akan pergi ke Maghribi kemungkinan pada bulan Januari atau Februari 2009 untuk melakukan penyelidikan. Oleh itu, saya meminta jasa baik sahabat-sahabat Malaysia yang berada di Maghribi khususnya sebagai pelajar agar dapat menyambut kedatangan saya dan bertindak sebagai pemudah cara untuk saya meharungi kehidupan di Maghribi dalam tempoh 3 bulan untuk menjalankan penyelidikan. Saya minta bantuan ihsan ini semoga Allah merahmati dan membalas jasa baik anda semua.


  23. Senangnya masuk U maghribi, buat pahala cam senang je. SPM. napela tak pernah fikir sebelum ni. Tak salah bidang agama.


  24. salam…saya nak tanya,
    sebelum tu maf lah kalo nmpak sngat saya ni kurg tahu tntg bab ni,,
    saya skrg peljr ijazah srjana muda dlm bidang pendidikan dan xda asas dlm bhsa arab, tetapi saya sangt brminat untuk sambng belajar dalam bidang pengajian islam di maghribi atau mana2 univrsiti arab
    harap ust jelaskan laluan yg perlu saya ikuti?
    trima kasih.


  25. assalamualaikum..saya spt nama di atas ingin mengetahui bagaimanakah cara hendak mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke morocco lepasan spm bagi sessi 2009..


  26. assalamualaikum..
    maaf sy ingin bertanya..sy lepasan spm2008 dan ingin melanjutkan pelajaran ke morocco.tetapi keputusan b.arab tinngi sye tk mencapai syrat yg ditetapkan .adakah ad peluang utk kesana?


  27. Assalamualaikum,

    Mohon penjelasan saudara, Boleh tak lepasan SPM 2008 tapi Bahasa Arab 7 memasuki universiti di Morocco? Salam


  28. salam..sy dah amik spm 3 tahun lepas….boleh ke sy memohon jugak?n skarang sy di matrix uia


  29. salam…kalu unicity di jordan bleh gna sjil spm yang 3 tahun lalu tak?


  30. salam..saya seorang pelajar lepasan spm 2007 sya pernah memohon ke maghribi ttp tak layak kerna kputusan b,arab sya tak menepati syarat sya mendapat 5 dlm bhasa arab..ttp thun 2008 sya mnduduki stam..dan mndpt pangkat jayidjiddan saya ingin mohon ke sana adakah permohonan saya akan diproses?


  31. Salam.

    Buat pengetahuan saudara, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Maghribi hanya menerima sijil SPM terkini sahaja dari Malaysia bagi saudara melanjutkan pelajaran ke sini. Sijil STAM tidak diambil kira.

    Jadi, permohonan saudara tidak akan diproses. Untuk sijil STAM, setahu saya saudara boleh mohon lanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir.

    Wassalam.


  32. “Maghribi hanya menerima sijil SPM terkini sahaja dari Malaysia” apa yang dimaksudkan sijil terkini? lepas spm dapat keputusan slps tu pergi maghribi selalu?


  33. salam…mohon penjelasan saudara, saya seorang lepasan pelajar spm pada tahun 2005 dan selepas tamat persekolahan saya menyambung pelajaran saya di peringkat diploma di KUIS dalam bidang komputer sains..dan saya berminat untuk menyambung pelajaran saya di maghribi selepas tamat belajar di KUIS dlm bidang pengajian islam..adakah saya diberi kelebihan kerana mempunyai diploma?tetapi bkn diploma dlm pengajian islam…dan adakah boleh menggunakan sijil spm2005?? sekian..


  34. mohon penjelasan..apa yg dimaksudkn dengan sijil spm terkini??jika saya lepasan spm 2005,adakah ia bermaksud tidak terkini???adakah saya perlu mengambil kembali spm??


  35. terima kasih atas penjelasan saudara..bolehkah saya tahu siapakah saudara??seorang bekas pelajar maghribi??pegawai kedutaan maghribi??tetapi saya memang berminat untuk belajar ke sana..dan setahu saya belajar ke timur tengah di bawah kerajaan negeri hanya ada 3 buah negara sahaja,iaitu jordan,maghribi dan mesir..ada yg lain ke??

    maaf kerana terlalu banyak bertanya… ;)


  36. salam ‘alayk…
    nk tanya…ijazah kt morocco diiktiraf x???


  37. assalamualaikum…
    sye akan melanjutkan pljran ke magribi pd thn ni..
    sy akan mengambil lughah di sn..
    sy nak tnya…
    bagaimanakah sistem pembelajaran di sane…???
    adakan susah blaja lughah di sana…???
    wsslm..


  38. salam..
    sy pelajar tajaan MAINS…
    sy dan 6 orang rakan lain akan melanjutkan pelajaran ke sana…
    4 daripadanya akan mengambil lughah dah selebihnya mengambil pengajian islam…


  39. salam…. saya nak tya mcm mna nk cek kemasukan ke universiti muhammad 5. saya dah cuba tp tk jmpa….


  40. assalamualaikum…
    saya nak tanya bberapa soalan…
    1) kalu kita takde asas B.Arab,boleh tak nak sambung belajar agama kat mahgribi?
    2) Dalam borang permohonan KPT,diminta supaya pemohon membuat satu surat pemohonan dalam bahasa arab dengan tulisan tangan.tp dalam syarat yang di dalam blog ini tidak ada.boleh beri penjelasan
    3)boleh seenaraikan univ. yg menawarkan m.a dalam bidang pendidikan bahasa arab di sana

    terima kasih


  41. salam sidqi..
    boleh dapat add email enta atau contact no..
    saya juga akan ke sana insyallah..email sy mfaisalkamis@yahoo.com


  42. saya betul2 berminat hendak belajar di uiniversiti morocco.tapi saya seorang pelajar lepasan stam.ada cara lain untuk ke sana.saya sangat berharap ada jalan..


  43. ble ka saya melanjutka pelajaran ke sana sekiranya saya seorang lepasan ijazah sarjana di malaysia.


  44. salam…bank ap yang paling mudah digunakan disana?
    saya bercadang untuk buat akaun bank di malaysia sebelum ke sana…


  45. assalamualaikum..
    kalau lepasan diploma IPTS boleh mohon kemasukan ke sana???


  46. salam ‘alaik…
    nk tnya, kalau pergi ke sana dgn tajaan sendiri berapakah belanjanya sekiranya ingn mmbuat ijazah sarjana muda(3tahun)??bagaimana nk apply???


  47. Salam,saya ingin menanyakan satu soalan bagi pihak rakan saya yang akan melanjutkan pelajarannyan ke maghribi dan dalam keadaan kerunsingan sekarang…

    Dia ingin membuat satu proposal ringkas untuk tujuan membuat permohonan bantuan kewangan pribadi untuk melanjutkan pelajaran di sana…

    Jadi, saya bagi pihak dia meminta jasa baik en/cik untuk memperincikan serba sedikit tentang kos sara hidup sebulan dan setahun di sana untuk tujuan proposal tersebut…(cth : makan harian/bulanan, sewa rumah, elektrik, air serta perbelanjaan asasi lainnya yang dirasakan perlu)

    Jasa en/cik saya dahulukan dengan ucapan terima kasih…


  48. salm,saya adalah lepasan s1 dalam bidang usuluddin@filsafat jurusan tafsir hadis uin jakarta,bisa ngak kalu saya mahu sambung s2 di morocco?dan bagaimanakh proses permitann”ya..



Leave a Comment