Assalamualaikum Warahmatullah.
Dalam masa yang terhad ini (tengah exam), sempat juga saya melayari blog-blog para ustaz kat Malaysia. Dan hasilnya saya ketemu soal jawab berkaitan hukum makan Siput Babi bukannya makan Siput dan Babi. Ianya ditulis oleh ustaz Abu Umair. Untuk mengetahui jawapannya, boleh layari laman ini :
http://abuumair1.wordpress.com/2008/06/04/hukum-makan-siput-babi/
Pengalaman Makan Siput Babi
Alhamdulillah, pada tahun 2004 saya dicampakkan ke bumi Maghribi ini bersama 8 orang lagi sahabat. Dalam 9 orang ini, ada 2 orang sahabat saya yang masa kecil mereka berdua ini telah berada di bumi Maghribi kerana ayah mereka berdua sedang menyiapkan thesis PhD di Maghribi. Kedatangan kami ke sini diurus oleh seorang ustaz yang pada masa itu mengajar di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan.
Saya ditempatkan di Kenitra bersama seorang lagi sahabat dan menyewa rumah kat Saknia, Kenitra. Ada pun 2 orang sahabat yang pernah berada di bumi Maghribi masa kecil ditempatkan di Marrakech. Tetapi malam tu mereka berdua ada datang berbuka puasa kat rumah saya bersama ustaz pengiring dan beberapa lagi sahabat. Dan semasa dalam perjalanan balik ke rumah persatuan kat Abou Temmam, Kenitra salah seorang sahabat saya yang pernah tinggal kat bumi Maghribi masa kecillah yang beria-ria menunjukkan gerai makcik yang menjual Siput Babi. Saya dan sahabat-sahabat yang lain hanya menurutnya sahaja.
Disitulah pertama kali saya makan Siput Babi. Perhh…memang sedap. Ditambah lagi dengan supnya (blol) yang pedas dan panas. Tapikan mujur la masa makan tu dalam gelap. Tak der la lihat sangat atau memikirkan rupa bentuk Siput Babi ni. Hehe… Kalau tak, mahu tak makan juga. Senior kat sini pun ada yang tak boleh makan Siput Babi ini. Tetapi kami para junior pada ketika itu semuanya merasa akan kelazatan Siput Babi. Ustaz pengiring hanya tersenyum apabila melihat karenah sahabat saya yang masih ingat akan Siput Babi walaupun pada masa itu beliau masih kecil. Sapa ek sahabat saya itu? Hehe…
Maka bermula dari situlah saya mula makan Siput Babi walau di siang hari. Haha… Pantang jumpa jer gerai yang jual Siput Babi, mesti akan singgah. Tetapi sentiasa pandang keadaan sekeliling gak atas sebab-sebab tertentu yang tak perlu disebutkan. Pernah sekali tu saya makan Siput Babi kat restoran. Ingatkan biasa jer harganya. Sekali masa bayar satu mangkuk tu DH 10 (RM 4.30). Berbeza yang selalu saya makan hanya DH 2 (RM0.90). Apabila harga pun dah berbeza, kelazatannya pastilah berganda. Kesimpulannya, setakat yang saya makan Siput Babi ni, kat Casablanca la Siput Babinya paling mengancam sebab supnya yang power.
Begitulah serba sedikit pengalaman merasai nikmat Allah yang saya tak jumpa semasa berada di Malaysia. Berbalik kepada hukum makan Siput Babi ini, kalau kita baca apa yang ditulis oleh ustaz Abu Umair mengatakan diperselisihkan ulama tentang hukumnya. Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (Siput Babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).
Sebelum ini tak pernah pula saya memikirkan akan hukumnya. Sekadar melihat waqi’ atau situasi masyarakat orang Maghribi jer. Kiranya apabila umat Islam di Maghribi makan Siput Babi ini, saya hanya bertaqlid kepada mereka sahaja. Mujurlah tidak jatuh haram secara mutlak hukum makan Siput Babi ni. Hmm..lain kali pesan saya kat diri saya sendiri dan sahabat yang lain, betapa perlunya kita menilai atau mengkaji sesuatu perbuatan itu agar terhindar dari perkara-perkara yang hukumnya haram dan sebagainya supaya selari dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah. Jangan sekadar melakukan sesuatu hanya bersandarkan kepada mana-mana individu tertentu. Akhirnya, patutlah bersepah gerai Siput Babi kat bumi Maghribi kerana umat Islam di sini bermazhab Maliki yang mana kita dah tahu sekarang bahawa Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (Siput Babi) halal dimakan.
Cara Memasak Siput Babi
Mengikut sahabat Arab saya, cara yang diharuskan untuk memasak Siput Babi seperti berikut:
(1) Panaskan air sehingga mendidih @ menggelegak.
(2) Selepas itu, masukkan Siput Babi ke dalam air yang telah mendidih. Tujuan ini dilakukan supaya Siput Babi ini akan mati dengan kadar seberapa segera tanpa menyeksanya. Ada pun kalau kita memanaskan air bersama Siput Babi didalamnya, ini akan menyeksa Siput Babi. (Ibarat menyembelih dengan pisau tumpul. Maka kita disuruh supaya menggunakan pisau tajam).
(3) Kemudian, letakkan rempah secukup rasa dan sedikit garam.
(4) Siap untuk dinikmati (Bissihah Warrahah). Hehe…
Khasiat Siput Babi
Antara khasiatnya seperti berikut:
(1) Memanaskan badan kita terutamanya dalam musim sejuk.
(2) Dikatakan ianya juga salah satu ubat untuk tubuh sentiasa sihat.
(3) Meningkatkan tenaga batin? Sahabat Arab saya kata kemungkinan betul. Wallahua3lam.
PERHATIAN!!!
Jangan samakan Siput Babi kat Malaysia dengan Siput Babi kat Maghribi. Pengalaman saya ini semasa di Maghribi. Huhu…
P/S: 1 KG Siput Babi berharga antara DH 30 – DH 50 (RM 13 – RM 21). Harga akan berubah mengikut pasaran semasa (keperluan dan kehendak). Lepas ni, boleh la cuba memasak sendiri. Keke…
Wassalam.
YB : ABCD
Masjid Iskan Chaabi, Kenitra – 06 Jun 2008 – Jumaat – 02:24
“BERHIJRAHLAH KE ARAH PARADIGMA YANG LEBIH BAIK”